Monday, January 31, 2011

Kata Jiwa

Kala usia melangkah
Detik-detik harapan dan kenangan
Masih tersangkut cita
Pada deduri asrama
Meruntun jiwa
Penuh ombak gelora

Mungkin hanya suka
Pada nama dan rupa
Mungkin juga kimia 
Yang berlaga di udara
Tapi pastinya
Jiwa menjadi muda
Biarpun cahaya putih
Berseli di kepala

Yang tentu
Kemudi mestilah tepat menuju
Segala yang fana tiada mengganggu
Biarpun di mata mereka
Timbul curiga dan prasangka
Kerana hakikatnya
Hanya Qais majnun pada Laila
Biar di mana berada
Biar di mamah usia
Pada satunya suka dan nestapa
Pada satu-Nya segala
Selama-selama...

Khamis, 13 Juli 2006

No comments:

Post a Comment